.. mama bawa Adam pi KFC one day tu.. then ada abang KFC ajak join Carnival and bagi coupon untuk redeem chicky meal..so adam ajak mimi and Nabil sekali.. meriah sungguh.. Adam enjoy habis.. mula2 agak2 malu nak ambil bahagian tapi asyik tgk org dapat hadiah toys adam tak tahan.. and tanya mama " mama .. adam nak main jugak mama.. adam nak yang mcm abang dapat tu.. acara pertama: tembak 3 bola ping pong dengan pistol air sampai jatuh tergolek dari bekasnya.. mula-mula Adam agak tersipu-sipu bila diberi pistol oleh kakak KFC yang Cun.. lepas tu start aiming.. and untuk tidak memalukan mama.. adam telah mengelat.. untuk bola ping pong yang terakhir yang tidak jugak mahu jatuh walaupun air (peluru) sudah habis .. adam dengan selambanya menonyoh dengan muncung pistolnya dan jatuhla bola terakhir itu.. dan disebabkan kakak KFC yang terpesona dengan keenseman Adam.. kakak KFC telah bagi hadiah toy kereta batman idaman Adam.. he..he
Acara kedua adalah membaling bola masuk ke dalam ikan plastic yg berenang di dalam air.. mesti masuk at least 3 biji bola dlm mulut ikan.. acara ini sungguh mencabar dan telah ramai yang mencuba namun tidak ramai yang berjaya.. namun anak mama yang ensem ini telah berjaya memasukkan 3 biji bola dalam mulut ikan yang malas nak berenang dan.. yea... berjaya menggondol kek dan biskut dan juga stickers (sticker tu skrg ada dipelekat kat cabinat TV,kat coffee table dan semua basikal Adam sebagai bukti kemenangan)
Acara terakhir ialah acara menyepak bola ke dalam gol ..3 kali sepakan mesti membolosi gol.. dan baru boleh dapat hadiah.. masa ni la mama rasa tak sia-sia mama menjadi coach adam di rumah (paksa rela).. adam memang very skillful dalam acara ini dan telah memalukan abang2 yang kaki "pengkar" dengan menjaringkan gol untuk ketiga-tiga sepakan tanpa sepakan penalti.. he he.. dan abang2 coach KFC dah setuju nak ambil Adam jadi pemain import KFC he he.. dan akibat dari itu
Adam telah mendapat layanan VVIP di KFC .. ditambah pulak dengan keenseman Adam..
Namun sepanjang perlawanan Adam sentiasa diberi kata-kata semangat oleh Mimi dan Abang Nabil tak lupa juga Ibu dan ayah mimi yang sentiasa memberi perlindungan dari maskot Chicky yang sangat ditakuti Adam..
terer la adam. tapi pelik la sbb ayah adam kaki bangku p/s: bila nk bagi basikal adam yg dah ada stiker kemenangan kt mia?
Wed 20-Aug-2008 14:04 Posted by:pak ngah, mak ngah n skupu mia
waaa memang anak buah pakcik ni tera betul laa...
bolot semua hadiah macam pakcik dia kecik2 dulu..
tak caya tanye wan duk..
semua hadiah pakcik dia bolot.. heeee